BIOLOGI
Anai-anai
Koloni & Kasta
Kehidupan
anai-anai saling bergantung antara satu sama lain dikalangan mereka
sendiri, hidup sebagai komuniti yang bersepadu di dalam kawasan sarang
khusus yang juga dikenali sebagai koloni. Koloni
ini seterusnya dibahagikan kepada struktur sosial yang bersempadanan
dengan sistem kasta iaitu ratu, raja, pekerja, askar, alates dan
pekerja yang belum matang, masing-masing mempunyai peranan tertentu. Manakala
mereka ini boleh menjadi ahli-ahli dalam kasta yang lain, hanya
terdapat satu atau dua yang menjadi ratu. Tugas semulajadi ratu adalah
untuk bertelur dan memastikan terdapat ahli yang mencukupi untuk
menjaga koloni yang semakin membesar. Biasanya anai-anai mengeluarkan
telur dalam masa yang singkat. Kadar pembiakan adalah berbeza
bergantung kepada jenis-jenis spesies iaitu: (Macrotermes
sp. 30 hingga 40,000 sehari), (Microcerotermes sp. 1,500 setiap hari)
manakala (Coptotermes sp. pula sebanyak 400 hingga ke 500 sehari). Apa
yang boleh dikatakan, kadar ini cukup menakutkan kalau dilihat dari
segi pembiakannya ianya mungkin berpotensi meningkatkan lagi kerosakan
pada struktur bangunan dan sebagainya. Sebagai peringatan lagi,
anai-anai bekerja sepanjang masa tanpa rehat, mereka juga boleh
didengar dalam kesunyian malam ini kerana bunyi yang disebabkan oleh
hentakkan yang dilakukan oleh askar mereka.
Anai-anai dikelaskan kepada tiga kumpulan utama: 1. Dampwood termites. 2. Drywood termites. 3. Subterranean termites. (anai-anai bawah tanah)
Daripada tiga kumpulan di atas, yang paling menarik perhatian adalah anai-anai bawah tanah iaitu Coptotermes spesies yang menjadi kebimbangan kepada pemilik harta di Malaysia. Kebanyakkan
spesies yang terdapat di persekitaran rumah terlalu jarang menyerang
struktur kediaman seperti Macrotermes sp., Nasutitermes sp.,
Globitermes sp., Microtermes sp., Schedorhinotermes sp. dan
Ondontotermes sp.
Tikus
 Pundi Kencing Yang Lemah
Mereka
adalah perosak yang membawa penyakit, hidup dan membiak dalam keadaan
yang sangat kotor contohnya di kawasan pembetungan dan tempat pembuangan
sampah, juga merupakan ancaman kepada kesihatan kita. Dengan menggigit
pada pendawaian elektrik ia boleh menyebabkan kebakaran melalui litar
pintas. Oleh
kerana pundi kencing yang lemah, mereka membuang air kecil secara bebas
walaupun sambil makan, ini akan mencemarkan makanan, peralatan dan pada
permukaan yang mereka lalui. Dalam
keadaan yang tertentu,
sepasang tikus boleh melahirkan zuriatnya sebanyak 200 ekor dalam
tempoh
setahun. Terlalu cepat, tikus yang masih muda boleh memasuki bangunan
melalui jurang 1 cm persegi dengan mudah. Gigi taring hadapan mereka
akan terus membesar, ini boleh mendatangkan kecederaan kepada
mereka. Oleh kerana itu mereka akan sentiasa mengasah gigi taring tersebut, mereka akan
menggigit pada kayu, plastik, penebat dan pendawaian elektrik.
Terdapat tiga jenis tikus kebiasaannya: 1. Tikus mondok (Brown rat) 2. Tikus bumbung (Roof rat) 3. Tikus rumah ( house rat).
Semut
Kerosakan & Pencemaran
Beberapa
spesies boleh menyengat dan mendatangkan kesakitan pada kulit manusia
manakala yang lain mempunyai bahagian mulut yang kuat untuk mengigit
menyebabkan bahagian kulit terluka. Mereka makan pelbagai makanan dan
apa-apa saja yang boleh dimakan termasuklah sisa makanan di dalam
septik, tumpahan dan najis. Sekali gus menimbulkan resiko kesihatan.
Dengan saiz yang kecil membolehkan mereka untuk menembusi pakej
makanan, menyebabkan kerosakan dan pencemaran. Semut
adalah serangga sosial seperti anai-anai dan tebuan, sebahagian besar
semut tergolong dalam sistem kasta yang terdiri daripada ratu, raja,
pekerja dan askar. Mereka datang dalam semua warna iaitu hitam, coklat,
kuning dan merah. Mereka ini hampir buta dan hanya bergantung kepada
sel deria pada sesungut untuk sentuhan dan rasa. Semut juga mudah
dikenal pasti melalui sesungut dan badannya dimana selapuk yang
memisahkan Toraks dan Abdomen. Berhubung dengan saiz mereka
masing-masing mampu mengangkat beban 40 kali ganda dari berat badan
mereka. Semut yang biasanya kelihatan adalah seperti, semut api
(Solenopsis spp.), semut buah (Dolichoderus spp.), semut taman atau
semut kepala besar (Pheidolegeton diversus), kerengga (Oecophylla
smaragdina), semut firaun (Monomorium pharaonis) dan semut gula
(Tapinoma melanocephalum).
Lipas
| Lipas Jerman | Lipas Amerika | Lipas Brown-bonded | Telur Lipas |
Menyebarkan Penyakit
Serangga
ini menimbulkan ancaman serius kepada kesihatan kita, mampu menyebarkan
penyakit seperti disentri, difteria, kepialu, hepatitis dan
gastroenteritis.
Mereka ini makan dan membiak di dalam persekitaran yang sangat kotor
seperti di pembentungan, pembuangan sampah dan longkang. Permukaan
makanan atau perkakas akan tercemar jika mereka sentiasa di situ. Bukti
fosil menunjukkan bahawa mereka telah wujud hampir atau melebihi
daripada 250 juta tahun. Saintis percaya bahawa dalam bencana nuklear,
lipas (dan semut) mewarisi bumi selepas kepupusan manusia. Yang
menakjubkan mereka ini dapat menyesuaikan diri, tahan lasak
dan juga dapat hidup dan membiak dalam keadaan yang bermusuhan. Mereka
ini semakin tahan kepada racun serangga konvesional. Satu kapsul telur
(Ootheca) boleh menghasilkan sehingga 42 ekor lipas. Dalam keadaan
yang tertentu, seekor lipas mampu membiak sebanyak 20,000 ekor anak
dalam tempoh satu tahun. Habitatnya lebih suka berada di kawasan yang
hangat dan lembap juga berhampiran sumber makanan. Mereka berkumpul di
celah-celah longkang, dinding yang retak berhampiran kawasan dapur,
dalam kabinet dapur dan dalam tangki septik.
Terdapat tiga jenis lipas yang biasa ditemui seperti, 1. Lipas Amerika (Periplaneta americana) 2. Lipas Jerman (Blatella germanica) 3. Lipas Brown-banded (Supella longipalpa)
| |
|